July 07, 2015

SEBAK !! Raya dah dekat Mira dan adik raya tanpa ayah dan ibu - Amira


Pada 2 Mei lalu tiga sekeluarga termasuk seorang bayi tujuh bulan maut setelah kenderaan utiliti sukan (SUV) Pajero Sport yang dinaiki mereka berlanggar dengan dua buah Perodua MyVi sebelum terbalik di Kilometer 6.2, Lebuh Raya DUKE.

Anak kedua pasangan itu Nur Firuza Aqila Fairuz Nizam, 4, masih trauma dengan kejadian tersebut dan sering bertanya di manakah ibu bapanya ini lah saat yang paling sayu kakak nya Amira serta keluarga menjelang aidil fitri minggu depan

Tahap kesihatan nenek Nur Firuza juga terjejas ketika ini dan situasi tersebut mungkin disebabkan rumah mereka tidak lagi menjadi tum­puan dan lebih sunyi berbanding semasa awal tragedi berlaku.

“Namun, anak pertama pasa­ngan tersebut Nur Firuza Amira, 7, menunjukkan perkembangan positif dan mula ke sekolah se­perti biasa berbanding adiknya yang masih trauma.

“Rumah mereka kini sunyi selepas pasangan tersebut tiada, orang ramai juga tidak lagi berkunjung, jadi saya rasa mereka agak sunyi sehinggakan kesihatan ne­neknya juga terjejas,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Semoga Amira dan Aqila tabah dengan dugaan yang berlaku dan mereka menyambut aidil fitri ini dengan keceriaan walaupun mungkin agak sukar bagi mereka - Al fatihah

No comments:

Post a Comment